Monday 7 April 2014

Cari Apa Hari Ini I

Aktiviti: CARI APA HARI INI?!

Dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah, aktiviti itu sering kami main bersama untuk elak anak tertidur dan hilang mood. Contoh:
Cari lampu merah...
Cari no plet kereta....ABC...

Tamsilan permainan ini dalam hidup. Setiap hari kita perlu mencari & melakukan banyak perkara. Ia dapat dilakukan hanya dengan PEMERHATIAN YANG TAJAM.


Saban tahun, jika diperhatikan ada banyak perkara yang sering kita terlepas pandang sekiranya tidak menikmatinya.
Contoh nikmat sihat hanya dirasai setelah diuji dengan sakit.

Justeru setiap inci kehidupan, perlu disusuli lafaz syukur kerana terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan.

Permainan tadi, dalam pemerhatian perlu kepada
3 perkara - 3C :

1. CEPAT
Cepat memerhati sesuatu akan dapat diperlihatkan hikmahnya.

2. CEKAP
Dalam memandu sebuah kehidupan, kecekapan itu akan menyebabkan kita berjumpa apa yang dicari, tidak terlepas dan dapat melihatnya dengan jelas.

3. CERMAT
Ketelitian dalam melihat sesuatu nikmat akan menjadikan kita orang yang bersyukur dan tidak kufur.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah ..

'Nikmat (Allah) yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?'

Ustaz Idzhar Jumali - Motivasi Pagi 24 Mac 2014

No comments:

Post a Comment

Popular Posts