Monday 7 April 2014

Kisah Baldi II


Semalam Motivasi baldi yang elok. Hari ini Motivasi Baldi yang bocor.
Baldi yang bocor dibawa dengan kesan berbeza, hanya dapat menyiram sedikit sahaja tanaman.

Iktibar baldi yang bocor:-

1) Ada kekurangan
Rasa rendah diri kerana dia tak sesempurna baldi yang elok.
Lihat dan selami diri, pasti ada kekurangan. Ia biasa sebagai manusia yang serba kurang.
Jika setiap hari cari kesempurnaan, maka banyaklah yang ditemui dan bakal mendatangkan rasa rendah diri. Ia kurang baik.

Ayuh motivasi diri - muhasabah diri. Melihat kekurangan itu untuk merendah diri kepada yang sepatutnya dengan Khaliq iaitu Allah.
Kita perlu berpaut dengan kesempurnaan Allah Taala.
Jangan rendah diri dengan makhluk tapi dengan Allah SWT
& cuba dekatkan diri denganNya.


2) Manfaat pada orang lain

Baldi yang bocor. Di sebalik kekurangan ada kelebihan untuk orang lain. Petani tahu akan ada air tumpah sepanjang perjalanan. Maka beliau ambil inisiatif menabur benih bunga-bungan. Lalu terhasillah banyak pokok bunga di sepanjang jalan baldi yang bocor.

Motivasi besar?
Di sebalik kekurangan, kita perlu seseorang di luar sana untuk lihat kekurangan itu sebagai manfaat. Dengan syarat perlu berlapang dada menerimanya.

Pasangan kita pasti ada kekurangan, mari lihat sisi kurang yang boleh diambil manfaat untuk dapat rasa tenang.
Anak, setiap seorang berbeza. Kekurangan setiap seorang perlu dilihat dari sudut pandang berbeza.
Lihat di sekeliling kita semua yang ada kekurangan dalam kaca mata positif, pasti akan ada potensi yang boleh digilap.

Percayalah kita mungkin ada kelemahan, namun siapa tahu ia adalah kekuatan untuk keluarga, masyarakat dan umat.

Manfaat semua yang ada dengan melihatnya dari mata hati.

Ustaz Idzhar Jumali - Motivasi Pagi 12 Mac 2014
IKIM FM.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts