Monday 7 April 2014

Menghidupkan Sunnah: Menjawab Azan

Kita panjat puji & syukur kerana masih diberi nafas menghirup udara Sayyidul Ayyam...

Hari Jumaat penuh barakah, ringankan lidah kita mengingati baginda dengan memperbanyakkan Selawat kepadanya.
Moga ia menjadi tiket agar Nabi mengenali kita di Sana.

Ada lagi amalan ringkas, mudah tapi mungkin sering kita terlepas pandang.

1) Menjawab Azan

{Dari Abu Said alKhudri: Jika kamu mendengar suara azan jawablah seperti yang dikumandangkan oleh muazzin.} HR Bukhari


Imbas masa kecil dulu, mak ayah ajar bila azan jangan bercakap. Ini sering kita pandang remeh. Sibuk dengan sembang & gurauan tanpa menghiraukan laungan azan.

{Dalam Riwayat..sahabat bertanya pada Nabi: Para muazzin mendahului kami. Apa yang boleh kita buat untuk mendapat kelebihan yang sama seperti orang yang azan?
Kata Nabi: Kamu ulangi azan itu }

Ulangan tersebut ada kaedahnya:-

{Dari Umar alKhattab Rasulullah Saw bersabda:

* Jika dia mengucapkan Allahuakbar Allahuakbar jawablah Allahuakbar Allahuakbar...
* Jika dia mengucapkan Asyhadu an Laa ilaha illallah jawablah Asyhadu an Laa ilaha illallah ..
* Jika dia mengucapkan Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah jawablah Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah..
* Jika dia mengucapkan Hayya 'alas solah jawablah Laa Haula walaa quwwata illa billah...
* Jika dia mengucapkan Hayya 'alal falah jawablah Laa Haula wala quwwata illa billah..
* Jika dia mengucapkan Allahuakbar Allahuakbar jawablah Allahuakbar Allahuakbar....

Orang yang mengucapkan tulus dari hatinya, orang itu akan masuk syurga } HR Muslim dan Abu Daud



2) Solat sunat selepas Solat Jumaat

Walau secepat mana kita ingin pulang ke tempat kerja, ambillah ruang dan peluang untuk hidupkan sunnah melalui solat sunat ini. Ia hanya 2 rakaat.

Mudah-mudahan Jumaat hari ini penuh motivasi besar...
Rasa tak sabar dan teruja menanti Jumaat berikutnya...
Hidup ini hanya pinjaman. Pasti kan kembali kepada Pemilik Pinjaman yakni Allah SWT...


Ustaz Idzhar Jumali Motivasi Pagi 28/3 @ Ikim.fm 91.5 mhz

No comments:

Post a Comment

Popular Posts