Tuesday 12 May 2015

Israk & Mikraj

'IBRAH di sebalik peristiwa ISRAK MIKRAJ



20 May 2013 (Isnin)
Tahun Kesedihan..
mula titik besar israk mikraj

'Ibrah di sebalik Tahun Kesedihan RASULULLAH SAW ('amul huzni)

Imbas kembali peristiwa Israk Mikraj yang berlaku di bulan Rejab..terdapat banyak peristiwa yang membawak kepada Israk..ini termasuklah berlakunya Tahun Kesedihan di mana kembalinya Bapa Saudara Nabi, Abu Talib & Isteri baginda Siti Khadijah ke Rahmatullah..2 insan paling disayangi Nabi..Abi Talib orang kuat yang menjadi benteng kukuh dari segan malu masyarakat Arab Quraish & isterinya yang merupakan penyokong kuat Nabi dari pelbagai aspek moral, fizikal dan material..

Iktibar dari tahun kesedihan ini..
1. Hubungan kekeluargaan adalah hubungan yang sangat dekat..seperti hubungan Nabi dan bapa saudara & isteri sangat rapat kerana itu pemergian mereka menyebabkan Nabi sangat sedih...

Sedang kita memandu/ belajar/ bekerjaAyuh lihat/ imbas sebentar.....raut wajah insan-insan tersayang di sekeliling kita..kadangkala kita terlepas pandang yang mereka masih ada di sisi kita..bila tiada..barulah nampak segala kebaikan si arwah.."Arwah suka sangat yang ni..dia kalau ada suka cakap begitu begini ..."


Kita lihat anak-anak (atau diri kita sendiri) yang mungkin suka berkongsi masalah/luahan hati kepada rakan-rakan & sahabat..tidak berkongsi dengan ibubapa/saudara2 dekat..bahkan ada yang berkongsi dengan orang yang tidak kenal pun (di fb..blog..& sebagainya)..kita lupa kita ada orang yang rapat di sekeliling yang mana kasih sayang dan cinta mereka kita sudah yakini & tidak ragui sedangkan orang2 di luar itu tidak kita tahu sama ada sayang atau ambil berat tentang kita..

Justeru, orang2 yang rapat di sekeliling kita perlu dihargai semasa hayat mereka..Apa guna kita sedih..kita ratapi setelah mereka pergi sedangkan semasa hidup mereka, pandangan mereka..nasihat ..teguran mereka langsung kita tidak hiraukan ..hanya pandang sebelah mata sahaja..
Yang betul2 bersama-bersama kita waktu kesenangan & kesedihan adalah ibu ayah, adik-beradik & saudara mara..merekalah orang pertama yang perlu kita rujuk..bukan orang lain!

2.Adalah biasa untuk ingat Allah masa susah..tapi luarbiasa untuk ingat padaNya saat gembira..Oleh yang demikian, tika sedih & gembira, susah & senang..kembalikan apa sahaja emosi yang dirasai kepada Allah SWT..

Moga hari ini lebih baik dar semalam..Wallahua'lam..
 

21 May 2013 (Selasa)
Kisah ke Nabi ke Taif...
Peristiwa ini dirungkaikan dengan cantik dalam lirik lagu Kump. Nasyid Aura:
" Nabi dilontar batu di Taif..oleh mereka..mereka yang zalim..darahnya mengalir membasahi bumi..namun Nabi tetap tabahkan hati..kasihan Nabi..kasihan Nabi..tiada siapa peduli..."

1.Bila berlaku suasana tidak selesa..kena berhijrah ke suasana selesa & tenang..
yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT..
Cth bila bekerja...berhenti ibadat-solat..dalam sibuk bekerja perlu ketenangan & keselesaan..kembali kepada fitrah dengan ingat Allah..ibadat yang perlu dipertingkan dari semasa ke semasa..
seperti Nabi ke Taif bila hadapi tekanan hebat Arab Quraish.

2.  Jika buat sesuatu dengan niat/perjalanan/usaha yang baik, jika natijah tidak seperti diinginkan setelah berusaha..usah berputus asa
Jika Nabi putus asa dengan penduduk Taif..sudah pasti tidak berlaku perjalanan lebih besar selepas itu..seperti ke Madinah & sebagainya..
Sama seperti dalam pekerjaan..jika gagal..teruskan..Allah akan beri ganjaran  atas usaha yang kita tunjukkan..cuma mungkin kadangkala Allah lambatkan...& biasanya lebih lambat natijah lebih nikmat..lebih indah.. cth bila sangat lapar...berpuasa..maka bila berbuka..tidak perlu ke hotel, ia terasa penuh nikmat walau sekadar cekodok... Justeru jika apa yang kita nak tidak dapat...Allah tahu waktu yang terbaik untuk kita peroleh... Allah beri apa yang kita perlu..bukan apa yang kita mahu!

3. Proses rasa kasih sayang dan memaafkan.
Dalam hidup, untuk dapat ketenangan...jiwa tidak tenteram bukan kerana kita sendiri tetapi kerana sibuk perlu penuhi kemahuan orang lain...selalu buat kita tidak tentu arah.."apa orang kata." sering jadi ketakutan kita...
Bila Malaikat tanya..apa perlu dibalas pada penduduk Taif? Nak terbalikkan? Nak musnahkan mereka? Nabi maafkan penduduk Taif walaupun dicederakan...Biarkan mereka, mungkin ada zuriat mereka nanti yang akan beriman dengan Allah Taala...
Biarkan..mungkin mereka tidak mengetahui apa yang mereka lakukan...
Maka sayanglah semua..maafkanlah semua yang berada di bumi Allah Taala sama seperti di mana kita berada..Memaafkan orang beri kesan pada diri sendiri bukan orang lain.
Siapalah kita untuk tidak memaafkan..

Ayuh...Warnakan hitam putih kehidupan kita dengan iktibar dari peristiwa yang dilalui baginda Nabi SAW..

22 Mei 2013 

Peristiwa Nabi dibelah dada & dibersihkan dengan air zam dan diisi dengan bijana ilmu & hikmah..
inilah mukjizat..walau ada pihak tidak dapat terima..kenapa perlu belah dada sebab Nabi dah maksum..
tapi ini mukjizat...'ibrah?
Bersih hati sangat penting..
bersih hati kita tak sama macam Nabi..tidak boleh diambil secara verbal..
panduan telah diberikan...jalannya..
1. Zikrullahu
setiap kesalahan pasti ada titik hitam...perkara inilah perlu dibersihkan
2. Doa
perlu selalu amalkan..Azzikraa permulaan dengan doa pagi..doa inilah menjadi pencuci hati kita yang kian karat.."Hati manusia akan berkarat seperti besi yang terkena air..Sahabat bertanya bagaimana nak bersihkan? Caranya: Qiraatil Quran & Zikrul Maut (ingat mati)

3. Membaca Al-Quran
"Lihat facebook..tweeter..blog...berapa lama x update? AlQuran..berapa lama tak berusik?
Adakah hati kita terusik dengan pertanyaan ini?
Ada yang boleh baca...tapi jadikan sibuk dunia sebagai alasan untuk tidak baca..
ada yang beri alasan..dalam solat dah baca laa..tapi bukankah memegang/membaca mushaf lebih spesifik sifatnya dan berpahala..
- bacanya lebih seronok bila kita memahami apa yang kita baca..cara seminimum mungkin boleh baca tafsir.. sekurang-kurangnya mungkin ada 1 2 bahasa arab yang kita faham..
Tujuan baca untuk faham...kalau tak faham senang ditingalkan..seperti suratkhabar Tamil tak faham..maka kita tinggalkan sahaja..
Tapi ...ada sesuatu yang dibaca tapi tidak faham..dan kita tidak buat apa-apa..itulah AlQuran..
prosesnya sama seperti ucapan Selamat Pagi pada burung kakak tua..walau malam pun tetap diucapkan ucapan yang sama

Justeru...Hati mesti dibersihkan...sebersih2nya..

23 Mei 2013 (Khamis)
Nabi diberi pilihan minuman oleh Malaikat..
sama ada SUSU dan ARAK atau pendapat lain..SUSU, ARAK, MADU.
Bila Nabi memlilih SUSU..Malaikat mengatakan kamu memilih yang baik..yang fitrah..

1. Pilihan berlaku dalam hidup kita
Kita memilih yang fitrah? Dalam hidup kita sentiasa berhadapan dengan pilihan (2,3,4)...dan kita perlu pilih satu yang terbaik..yang paling penting mendekati fitrah..apa itu fitrah?
-yang bersih dari dosa atau tidak
-yang baik-baik sahaja..
Maka amati balik sama ada pilihan kita itu baik atau tidak?
Baik pada fizikal..tidak mudaratkan spirirual kita..
Belajar baik..pekerjaan baik..rumahtangga baik..keseluruhannya bila pilih adakah ia bawa kebaikan pada diri kita atau tidak.

2. Islam dan fitrah
Hadis" kul mawludin yulad 'ala fitrah...'..kita lahir fitrah..ibubapa
Tak sebut Islam..Islam di mana? Pada perkataan FITRAH. Buktinya.."kita sudah mengaku Allah Tuhan kita di alam roh dahulu..'alastu birabbikum...qalu balaa.." keyakinan & syahadah kita hanya milik Allah..

3. Kita dari benih yang paling baik..
Proses kejadian manusia..apabila berjuta-juta sperma berlumba-lumba masuk ke ovum..akhirnya yang paling pantas itulah pemenangnya..
Bersegera dalam melakukan pekerjaan..

Lagi Pengisian ustaz berkenaan Isra' Mikraj di - http://mumtazahsanusi.blogspot.com/2014/05/isra-miraj-bersama-warga-emas.html

No comments:

Post a Comment

Popular Posts