Sunday 25 October 2015

Layar Diri 2


 1) Susah & Senang

Bagi seseorang yang tidak pernah mencuba sukan pelayaran, mungkin ia kelihatan senang. Namun setelah menyertai sukan ini barulah terasa ia tidak semudah yang disangka. Bila angin tiada, layar, arus dan ombak yang besar dan kuat perlu dikendalikan sendirian. 

Sama seperti hidup seorang kanak-kanak. Semuanya dirasakan mudah. Minta apa sahaja dengan ibu dan ayah pasti ditunaikan. Namun bila kedua orang tua telah tiada, barulah terasa peritnya hidup tanpa mereka. Banyak perkara perlu diusahakan sendiri. Mencari sesuap nasi perlu dicari bagi kelangsungan hidup yang selesa. Semua benda perlu dibayar dengan duit. 

Bersyukurlah dengan pemberian dan nikmat dari Tuhan.  






Layar Diri 1

Layar Diri #1 :

"Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi, perbaiki kekurangan dan manfaatkan kelebihan."


Layar Diri #2 :

"Dugaan datang menimpa manusia selalu. Senyum dan hadapinya untuk terus ke hadapan."



Layar Diri #3 :

"Mencuba itu lebih bagus daripada menyerah kalah."



Menu Hati 5




1. Capcicum a.k.a Lada Benggala 

: Tiga warnanya hijau, kuning dan merah seakan lampu isyarat ; teruskan perjalanan, berhati-hati, berhenti. Sangat berkhasiat untuk diet, cegah kolesterol, kanser dan 1001 khasiat lain lagi andai diamalkan dalam pemakanan kita.

Kalam Allah a.k.a Al-quran : Tiga saranannya dalam kehidupan insan ; laksanakan kebaikan, berhati-hati dengan perkara yang memudaratkan, hentikan perkara kejahatan. Sangat 'berkhasiat' untuk hidup yang sejahtera, cegah kerosakan diri dan 1001 'khasiat' lain lagi andai diamalkan dalam kehidupan kita.


2. Roti Tortilla 

: Roti nipis yang membalut apa jua rencah. Balutan yang kemas akan memastikan segala rencah tadi tidak terkeluar dan mampu dinikmati dengan baik.

Sifat ikhlas : Sifat 'nipis/halus' yang 'membalut' apa jua amal. 'Balutan' yang kemas akan memastikan segala amalan kita tidak sia-sia dan mampu memperolehi ganjaran di sisiNya.



3. Puding Roti : 

Sedap dimakan. Pemanis mulut. Tapi tak boleh diambil banyak sangat, nanti muak dan boleh ditimpa penyakit...

Pujian : Sedap didengar. Pemanis hati. Tapi tak boleh terima banyak sangat, nanti riak dan boleh ditimpa 'penyakit hati'...




4. Kuih Ketayap

Kuih ketayap, kuih gulung, kuih dadar...manisnya kuih!

Pakai ketayap, buka gulung tikar, sejadah dihampar...'manis'nya Solat!





5. Donut

Kuih apa yang dimakan tepi?
DONUT
Amal apa yang dilaksanakan ketika sepi?
TAHAJJUD





6. Roti Canai

Roti Canai : Semakin lama dimakan, semakin kecillah (kehabisan) roti dan semakin besarlah (kekenyangan) perut....
Kehidupan : Semakin lama hidup, (sepatutnya) semakin kecillah (kerakusan) dunia dan semakin besarlah (keinginan) akhirat...



7. Rempah Ratus


Rempah ratus : Penuh kepelbagaian, dengan kelebihan tersendiri, namun tugasnya tetap sama, iaitu menjadi pelengkap masakan....
Jutaan manusia : Penuh kepelbagaian, dengan kelebihan tersendiri, namun tugasnya tetap sama, iaitu menjadi pelengkap kehidupan...

8. Maruku

Maruku : Semasa membuat, putaran lingkarannya bermula dari kecil ke besar. Semasa menikmatinya, putaran lingkarannya bermula daripada besar ke kecil sehingga tiada apa-apa atau dipatah-patahkan sahaja lingkaran itu....
Kehidupan : Semasa membuat kebaikan, putaran lingkarannya bermula dari perbuatan kecil kepada yang besar. Semasa menikmati pujian, putaran lingkarannya bermula daripada besar ke kecil sehinggalah tiada rasa apa-apa (tawadhu') atau di'patah-patah'kan sahaja rasa bangga, ego dan sombong...





Saturday 3 October 2015

Menu Istimewa - Kombo Nasi Lemak 6 in 1


1. Air Putih
2. Air Teh
3. Bentuk- Segitiga
4. Cara Membuka 
 5. Lauk-pauk
6. Kertas Pembungkus

Popular Posts