Sunday 25 October 2015

Layar Diri 1

Layar Diri #1 :

"Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi, perbaiki kekurangan dan manfaatkan kelebihan."


Layar Diri #2 :

"Dugaan datang menimpa manusia selalu. Senyum dan hadapinya untuk terus ke hadapan."



Layar Diri #3 :

"Mencuba itu lebih bagus daripada menyerah kalah."



Layar Diri #4 :

"Usaha kunci kepada seseorang untuk berjaya dalam hidup. Tanpa usaha, kita ibarat pahat yang memerlukan penukul sentiasa. Usaha dengan sendiri untuk berjaya di dunia dan di akhirat."

Layar Diri #5 :

"Bermula dari bawah untuk capai apa yang di atas."


   
Layar Diri #6 :

"Kita banyak perolehi pengalaman dalam hidup. Dengan pengalaman seseorang menjadi lebih matang dalam kehidupan. Bak kata pujangga, jauh perjalanan, luas pengalaman."

 
Layar Diri #7 :

"Manusia tidak sempurna, tetapi latihan buat kita makin sempurna"

Layar Diri #8 :

"Adakalanya manusia akan terjatuh. Biar jatuh sekali-sekala kerana manusia pun bukan sempurna. Bangun dan terus mara untuk berjaya"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts