Saturday 3 October 2015

Menu Istimewa - Kombo Nasi Lemak 6 in 1


1. Air Putih
2. Air Teh
3. Bentuk- Segitiga
4. Cara Membuka 
 5. Lauk-pauk
6. Kertas Pembungkus




26. Sesungguhnya Allah tidak malu membuat Perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), Iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui Bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab Perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk Dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat Dengan sebab Perbandingan itu melainkan orang-orang 
yang fasik;


1) AIR PUTIH

“Mulakan harimu dengan segelas air putih kerana ia mampu melembapkan kulit dari dalam dan mengekalkannya pada tahap optima.

Mulakan harimu dengan sebuah hati yang bersih dan jernih kerana ia mampu menyegarkan dirimu dari dalam dan mengekalkannya/ istiqamah pada tahap optima.”



2) AIR TEH
Ketika menuang secawan teh melalui teko, ia kelihatan indah dan mudah. Namun jika ditelusuri terlalu rumit prosesnya; menanam, membaja, memelihara, memetika daun, memproses serta mengedarkannya. Maka bersyurkurlah setiap kali menghirup secawan teh!

Ketika menikmati Islam melalui baka/ keturunan, ia kelihatan indah dan mudah. Namun andai ditelusuri, terlalu banyak dan rumit proses dakwah dan penyampaiannya; penurunan wahyu, dakwah sembunyi, ancaman, desakan dan penderitaan serta pengorbanan/ susah payah menyampaikannya. Maka bersyukurlah setiap kali menghirup udara pagi dalam Islam dan Iman!

3) SEGITIGA
Bentuk bungkusan ‘segitiga’ sangat klasik tetapi itulah nasi lemak yang kita kenal sejak zaman-berzaman. Ini baru ‘real’ nasi lemak!

Kehidupan: Bentuk sebuah kehidupan berpaksikan TIGA ELEMEN yang sangat klasik: ISLAM, IMAN & IHSAN tetapi itulah yang kita yakini sejak zaman-berzaman. Ini baru ‘real’ sebuah kehidupan muslim!



4) CARA BUKA
Ada cara tersendiri mahu membukanya. Barulah nasi lemak tidak berterabur dan dapat dinikmati dengan baik!

Kehidupan: Ada cara tersendiri mahu ‘membukanya’. Barulah ‘Barokah’ tidak hilang dan dapat dinikmati dengan penuh syukur!




5) LAUK-PAUK


Sambal, Ikan bilis, Kacang, Telur – adalah perkara asas yang perlu ada. Ia diserasikan dengan menu utamanya iaitu NASI LEMAK!

Kehidupan: Tugas, Tanggungjawab dan Amanah adalah perkara asas yang perlu dipikul. Ia mesti di’serasi’kan dengan tujuan utama hidup iaitu ‘BERIBADAH’ kepada-Nya!

6) KERTAS BUNGKUS

Ketika menikmatinya, terkadang fokus kita terganggu dan terarah kepada berita pada akhbar pembungkusnya. Kalau begini, bila mahu selesai makan? Pedulikan berita-berita itu, dan teruskan makan!

Kehidupan: Ketika menikmatinya, terkadang fokus kita terganggu dan terarah kepada pengalaman/ memori lama. Kalau begini, bagaimana mahu meneruskan hidup? Pedulikan memori silam itu dan teruskan kehidupan!



 KULIYAH DISAMPAIKAN DI DALAM PROGRAM BERIKUT:-





 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts