Thursday 21 July 2016

Menu Hati Raya 2016

1. Lodeh

Nasi Impit Kuah Lodeh :
Kuah Lodeh dengan segala bahan-bahannya yang memberikan rasa kepada nasi impit yang kosong dan tawar itu. Tanpa kuah lodeh, nasi impit tiada kelebihan apa-apa...
Rahmat Ilahi Buat Insan :
Rahmat Ilahi dengan segala nikmat kurniaanNya yang memberikan 'rasa' (pengertian) kepada kehidupan Insan yang kosong dan hambar itu. Tanpa Rahmat Ilahi, manusia tiada kelebihan apa-apa…

2. Dodol

DODOL :
Penyediaannya yang bersifat 'ansur maju' ; daripada cair kepada likat, daripada bersahaja kepada bersungguh. Bertahanlah sehingga selesai. Keenakan dan kepuasannya hanya di hujung usai segalanya...
HIDUP & IBADAH :
Perjalanannya harus bersifat 'ansur maju' ; daripada keanak-anakan kepada kematangan, daripada suka-suka kepada kesungguhan. Bertahanlah sehingga 'selesai'. Kemanisan dan kepuasannya hanya di hujung usai segalanya (kematian)...


3. SUP TULANG

Sup Tulang :
Menyediakannya perlu melalui proses merebus yang lama. Tujuannya agar daging jadi lembut dan lekang dari tulang. Barulah seronok menikmatinya….
Ramadhan :
Menyediakan diri insan melalui proses tarbiyah yang lama (sebulan). Tujuannya agar hati menjadi lembut dan dosa-dosa 'lekang' dari diri. Barulah seronok berhari raya….



No comments:

Post a Comment

Popular Posts