Status @ Fb

12 Oktober 2014

Belajar daripada kesilapan ejaan dan tulisan perkataan…
"Hidup ini adalah sebuah pencarian. Apabila dirimu mencari kesalahan, maka yang akan dikau temui adalah kesalahan demi kesalahan. Berusahalah mencari kebaikan, kerana kelak dikau akan temui 1001 kebaikan walau pun di celah keburukan."

ANDA IALAH APA YANG ANDA CARI


Keratan Akhbar 11102014










24 Sept 2014

"Berita kematian demi kematian menjengah diri, namun hairan sungguh masih jua hati ini alpa dengan duniawi. Ibarat ayam daging yang melihat seekor demi seekor rakannya disembelih, namun dirinya masih mampu mematuk dedak dan tidak tersentak".
Wahai Yang Maha Menjadikan, dariMu kami datang, kepadaMu kami kembali....
(Ustaz Sohibul - 2014)

22 Sept 2014

Belajar sesuatu daripada 'peta lokasi' kad undangan perkahwinan….
Ilustrasinya ringkas, mudah dan menarik. Landmark tersusun rapi, jalannya lurus sahaja, jarak antara satu landmark dengan yang lain kelihatan hampir sahaja.
Hakikat sebenarmya, laluannya berliku (tidak lurus seperti gambaran), antara landmark ke landmark rupanya jauh….
Kehidupan ini seolah-olahnya begitu. Apabila kita bertanya kepada insan-insan berjaya tentang rahsia kejayaan, jawapannya ringkas, mudah dan menarik. Namun hakikat sebenarnya laluan itu berliku, jauh dan memerlukan seribu satu pengorbanan. Hanya yang melaluinya sahaja mampu memahami dan menghayatinya….
Wahai Yang Maha Hidup dan Menghidupkan, hidupkan kami dengan kekuatan istiqomah...

21 Sept 2014

"Lemahnya mata zahir, kerana sentiasa melihat apa sahaja yang ada pada orang lain lebih baik daripada apa yang ada pada diri sendiri."
"Hebatnya mata hati, kerana sentiasa mampu melihat seribu hikmah walaupun di celah-celah musibah."
Wahai Yang Maha Melihat, lindungilah mata zahirku, bukakanlah mata hatiku...

19 Sept 2014

"Kita dipandang mulia oleh manusia hanya kerana Allah menyembunyikan segala aib dan kekurangan kita daripada pengetahuan manusia".
Wahai Yang Memiliki Kemuliaan Tertinggi, ku serahkan diri ini padaMu....

15 Sept 2014

Rakyat Bijak, Pemimpin Hebat, Negara Berkat
-------------------------------------------------------------
~ 3 elemen yang saling berkait dan saling memerlukan. Jika tidak, pasti berlaku kepincangan.

~ Dalam konteks negara, cara generasi lama & baru menterjemah rasa cinta pada negara berbeza. Justeru, agama mengajar tentang ADAB - ini yang semakin terhakis sekarang ini.

~ Adab yang paling penting ialah untuk tidak memperkecilkan apa yang orang lain buat. Ia mungkin kelihatan kecil, tetapi besar di sisi Allah swt. Perjuangan para pejuang kita dahulu perlu kita jadikan 'IBRAH (pengajaran) & diteruskan dari generasi ke generasi...

~ Bagaimana melahirkan pemimpin berdasarkan IMAN?
Ia bermula dengan DIRI kita sendiri. Lalu dikembangkan dalam konteks keluarga & seterusnya . Ia perlu bersulamkan ILMU, ADAB/AKHLAK & TARBIAH.

~ Umpama di trek larian, proses 'passing the baton' perlu dilakukan dengan cantik. Yang menerima baton perlu terus berlari bersama-sama yang memberi baton tersebut. Setiap generasi harus bersedia dibentuk & membentuk karektor kepemimpinan.

Dalam setiap sambutan, walau di gelanggang mana pun kita berada, berbuat baiklah. Mudah-mudahan ada sesuatu yang baik kita tinggalkan...

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 Sept 2014!

Ustaz Idzhar Jumali - Assalammualaikum TV Alhijrah 15092014


4 Ogos 2014

Ku bertanya pada Guruku; "Mengapa 30 hari puasa Ramadhan lebih mudah dilaksanakan berbanding 6 hari puasa di bulan Syawal?". Jawab Guruku; "Kerana Ramadhan itu fasa latihan yang penuh dengan suasana kondusif, tetapi Syawal adalah fasa perjuangan yang penuh dengan onak dan ranjau"....


15 Julai 2014

21 Jun 2014 -

Program Jom Ke Surau AlMunawwarah - Lihat Album @ Fb


7 Jun 2014 @ AlHijrah



No comments:

Post a Comment

Popular Posts